Shout here!!!


ShoutMix chat widget

Wednesday, December 23, 2009

Selamat Menyambut Hari Natal 2009

Shallom semua,

PMM mengucapkan selamat menyambut Hari Natal, iaitu Kelahiran Sang Raja kita, Yesus Kristus. Mari kita rayakan Dia dengan penuh bermakna bukan melalui bagaimana meriahnya Majlis Natal yang kita laksanakan tetapi kita renungkan bahawa kelahiran Yesus ke dalam dunia ini membawa damai kepada seluruh umat manusia. Yesus datang untuk menyelamatkan kita semua...

Tuhan Memberkati semua.

Saturday, December 5, 2009

Remaja & Agama

Pengkhotbah : Pastor Joannes
Bacaan Ayat : Titus 2:1-10

2:1 Tetapi engkau, beritakanlah apa yang sesuai dengan ajaran yang sehat:
2:2 Laki-laki yang tua hendaklah hidup sederhana, terhormat, bijaksana, sehat dalam iman, dalam kasih dan dalam ketekunan.
2:3 Demikian juga perempuan-perempuan yang tua, hendaklah mereka hidup sebagai orang-orang beribadah, jangan memfitnah, jangan menjadi hamba anggur, tetapi cakap mengajarkan hal-hal yang baik
2:4 dan dengan demikian mendidik perempuan-perempuan muda mengasihi suami dan anak-anaknya,
2:5 hidup bijaksana dan suci, rajin mengatur rumah tangganya, baik hati dan taat kepada suaminya, agar Firman Allah jangan dihujat orang.
2:6 Demikian juga orang-orang muda; nasihatilah mereka supaya mereka menguasai diri dalam segala hal
2:7 dan jadikanlah dirimu sendiri suatu teladan dalam berbuat baik. Hendaklah engkau jujur dan bersungguh-sungguh dalam pengajaranmu,
2:8 sehat dan tidak bercela dalam pemberitaanmu sehingga lawan menjadi malu, karena tidak ada hal-hal buruk yang dapat mereka sebarkan tentang kita.
2:9 Hamba-hamba hendaklah taat kepada tuannya dalam segala hal dan berkenan kepada mereka, jangan membantah,
2:10 jangan curang, tetapi hendaklah selalu tulus dan setia, supaya dengan demikian mereka dalam segala hal memuliakan ajaran Allah, Juruselamat kita.

Apakah erti remaja?
Masa muda sampai umur untuk dewasa.
Umur 13-25 tahun.
Masa indah.
Masa bertenaga.
Penuh semangat.
Bercita-cita tinggi.
Masa kami. “ This is my time ”

PENGARUH

1.Kaum remaja terbuka atau terdedah kepada bermacam-macam kesempatan hidup yang memberi pengharapan serba gemilang. Dunia menawarkan segala kemewahan.

2. Belum mempunyai pengalaman yang cukup untuk mengharungi dunia yang penuh godaan dan tentangan. ( Kelicikan dunia & penuh muslihat - 1 Yoh 2:15-17 )

3. Remaja memerlukan petunjuk dan pelajaran kristian, pembimbingan rohani supaya dapat hidup menurut ukuran moral yang tinggi dan telah ditentukan oleh Allah. ( 1 pet 1:13-16 )

Memelihara hidup selaras kehendak Allah. 1 Pet 1:13-16
- Siapkanlah akal budimu.
- Waspadalah.
- Letakkanlah pengharapanmu.= penyerahan total kepada Allah, bergantung sepenuhnya.
- Taat
- Jangan menuruti hawa nafsu
- Kudus = tidak dicemari dengan kekotoran.

AGAMA
- Pegangan, kepercayaan kepada Tuhan.
- Tuhan yang telah menyelamatkan kita. Yohanes 3:16, Yoh 14:6
- Matius 5: 20.. Yesus mengatakan, jika hidup keagamaanmu tidak lebih benar daripada hidup keagamaan ahli-ahli taurat dan orang-orang farisi, sesungguhnya kamu tidak akan masuk kedalam kerajaan sorga.

Ahli taurat & Farisi
- Kebenaran mereka hanya bersifat lahiriah.
- Mereka banyak mentaati peraturan, berdoa, memuji Tuhan, berpuasa, membaca firman Tuhan dan menghadiri kebaktian.
- Akan tetapi, tindakan lahiriah tersebut mereka lakukan sebagai ganti sikap batiniah yang benar.
- Kebenaran yang dikehendaki Allah dari orang percaya adalah lebih dari itu.
Hidup bukan sekedar beragama.
- Yesus menegur sikap ahli taurat & Farisi disebabkan mereka hanya benar secara lahiriah. Mark 7:6 “ …Bangsa ini memuliakan Aku dengan bibirnya, padahal hatinya jauh daripadaku. Percuma mereka beribadah kepadaku, sedangkan ajaran yang mereka ajarkan ialah perintah manusia.
- Hal yang dikehendaki Allah ialah harus selaras degan kehendak Allah dalam iman dan kasih.

Hidup bukan sekedar beragama
- Kehidupan kita harus mencerminkan Kristus.
- Kita adalah “ ekklesia” = orang-orang yang telah dipanggil keluar dari dunia kegelapan kepada terangnya Tuhan.
- Diasingkan
- Dipilih
- Menjadi miliknya Tuhan

Remaja dengan kekuatannya
- Kekuatan remaja bukan ditentukan oleh ketrampilanya.
- Kekuatan remaja ditentukan oleh kesediaan sikapnya untuk belajar. ( Titus 2:6-8 )
- Menguasai diri.
- Menjadi teladan.
- Jujur dan bersungguh-sungguh.
- Sehat.
- Tidak bercela “ Kekudusan “.
- Apabila 5 prinsip ini dipelajari dan tertanam dalam kehidupan seorang remaja ia akan menjadi berkat bagi banyak orang.
- Lawan menjadi malu. ( seterumu )
- Tidak ada hal-hal buruk yang dapat mereka sebarkan tentang kita.
- Remaja dan agama disini tidak boleh dipisahkan.
- Agama memainkan peranan penting dalam membentuk akhlak, moralitas hidup remaja yang lebih tinggi mutunya sehingga menjadi sanjungan masyarakat.
- Remaja yang hidupnya memuliakan Tuhan pasti menjadi keuntungan keluarganya bahkan masyarakat.

Kebebasan beragama
Artikel 3(1), 11(1)
Antara lain, ini bermakna seorang pelajar kristen mempunyai hak untuk:
- Memberitahu rakannya bahawa ia seorang kristen.
- Berdoa dikawasan sekolah pada masa yang sesuai.
- Berdoa bersama-sama dengan pelajar kristen yang lain.
- Memiliki Alkitab serta buku-buku agama Kristian dan membacanya pada masa yang sesuai.
- Mendengar dan menyanyi lagu-lagu pujian kepada Tuhan secara pribadi atau dengan para pelajar kristian lain, dengan syarat tidak menganggu orang lain.
- Bersaksi kepada rakan-rakan tentang agamanya.
- Beribadat di gereja pada hari minggu atau mana-mana hari yang ditetapkan oleh gereja.
- Menubuh dan menjalankan aktiviti-aktiviti persatuan agama Kristian.

Sunday, November 22, 2009

Cabaran Muda-Mudi Masa Kini

Shallom,

Pada hari sabtu yang lalu, Pr. Yohanes telah membawa firman kepada PMM. Tajuknya iaitu "Cabaran Muda-Mudi Masa Kini". Pastor mengambil ayat firman Tuhan dari 1 Yohanes 2:15-17.

1 Yohanes 2:15-17:
"
15) Janganlah kamu mengasihi dunia dan apa yang ada di dalamnya. Jikalau orang mengasihi dunia, maka kasih akan Bapa tidak ada di dalam orang itu.

(16) Sebab semua yang ada di dalam dunia, yaitu keinginan daging dan keinginan mata serta keangkuhan hidup, bukanlah berasal dari Bapa, melainkan dari dunia.

(17) Dan dunia ini sedang lenyap dengan keinginannya, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah tetap hidup selama-lamanya.
"

Mungkin sebagai muda-mudi, saya pasti kita kadang-kadang tidak sedar bahawa kita telah meletakkan Tuhan tempat yang kedua dalam hidup kita. Kita lebih mengutamakan apa yang kita inginkan di dalam dunia ini. Firman Tuhan mengatakan kita jangan mengasihi dunia dan apa yang ada di dalamnya. Sebab kasih Bapa tidak ada di dalam orang itu sekiranya dia lebih mengasihi apa yang ada dalam dunia ini. Firman Tuhan juga mengatakan bahawa segala-gala yang ada dalam dunia ini akan lenyap dengan keinginannya tetapi orang-orang yang melakukan kehendak Allah tetap hidup selama-lamanya. Mari kita letakkan Tuhan Yesus tempat yang pertama dalam hidup kita. Jangan biarkan hidup kita hanyut di dalam keinginan-keinginan di dunia ini. Tuhan Memberkati.

"Segala sesuatu dari dunia yang kita banggakan bukan berasal dari Bapa dan ia juga adalah bersifat sementara saja." - Pr. Yohanes

Tuesday, November 17, 2009

Majils Perpisahan Pr. Isaac Sekeluarga bersama PMM

Beberapa gambar yang telah diambil semasa Majlis Perpisahan Pr. Isaac sekeluarga bersama PMM:


Pr. Isaac, Sis. Becky, jun and ju yong.

PMM


Inilah simson.

Kenangan bersama Pr. Isaac sekeluarga dan PMM SIB Kuantan.
Posted by Picasa

Monday, November 9, 2009

Ada apa hari Sabtu hujung minggu ini?

Shallom.... muda-mudi SIB Kuantan,

Pada sabtu ini, kita akan adakan majlis perpisahan untuk Pastor kita, Pr. Isaac. Semua muda-mudi dijemput hadir.

Tempat: SIB Kuantan
Tarikh : 14 Nov 2009 (Sabtu)
Masa : 7.oo pm - 9.00pm

Pastor kita akan pulang ke Korea untuk selama-lamanya. Sesiapa yang ingin memberi hadiah kepada pastor, bawa pada hari itu. Jumpa di sana ya.

Saturday, October 24, 2009

PMM - 24 October 2009

Shallom anak2 Tuhan, sihat ka? hehe.... Di bawah ini, ada gambar PMM. tengok2 la ye....

wajah2 pmm kita.


fariz and nazri


Ini pastor kita, Ps. Isaac.


wah.... Pastor tersenyum. hehe....


Kita berdoa untuk franly. sedih ni. franly meninggalkan kita. tapi kita percaya Tuhan ada rencana yang tersendiri bagi dia. Amen.


Meeting spk. serius o.....


chrishanty dan kwnnya. dari kl.


wah....our pastor.


praktis ibadah raya


penari rebana..,..


kita punya team musik



hah.... ini la franly. seorang yang friendly.

Tuesday, September 29, 2009

Daily Bible Verse




Search the Bible:


Examples: Psalm 27; John 15
love one another; Psalm 23


Friday, September 25, 2009

Senarai Keahlian Muda-Mudi SIB Kuantan

Sila click di sini untuk melihat senarai Keahlian Muda-Mudi SIB Kuantan,

Borang keahlian Muda-Mudi SIB Kuantan

Kepada semua Muda-Mudi SIB Kuantan, sila isi borang ini. Terima Kasih.

SKY SLC - SIB KUANTAN YOUTH, SERVANT LEADERSHIP CAMP

Shallom semua....

Bersyukur kepada Tuhan kerana SKY SLC telah berjalan dengan lancar mengikut perancangan walaupun banyak rintangan seperti hujan, angin lebat, serangan obor-obor dan sebagainya. Untuk tatapan semua PMM SIB KUANTAN, gallery gambar kem ini telah diuploadkan (click gambar dibawah). click gambar di bawah untuk melihat gambar.
SKY SLC


Terima kasih kepada Pr. Isaac kerana banyak membantu PMM SIB KUANTAN dalam pelbagai aspek. Kem ini adalah idea dari Pr. Isaac dan bertujuan untuk memupuk kepimpinan setiap muda mudi supaya menjadi garam dan terang dunia. Selain itu, kem ini juga merapatkan lagi perhubungan di kalangan muda-mudi. Semoga semua peserta yang menyertai kem ini diberkati.

Sekian untuk kali ini. Tuhan Memberkati.

Dari,
Jeprol.

Sunday, September 6, 2009

Selamat Datang!!!

Shallom....
Apa khabar kawan2x? Ada anthusias? hehe.... Selamat datang ke blog one heart, one generation. Blog ini dibuat berdasarkan perbincangan bersama dengan Pr. Isaac. Pr mencadangkan supaya ada satu blog untuk pmm SIB Kuantan. Perbincangan ini bertempat di Old Town bersama diketuai oleh pr. isaac, elie sem(simson), senadi, henry, matthew dan saya sendiri (jeprol). Nama blog ini juga hasil daripada perbincangan di antara kami. Kami memutuskan untuk menggunakan nama One heart, heat generation. Ini sebagai lambang bagi PMM SIB Kuantan yang mana mempunyai satu hati dalam Tuhan untuk mengimpak generasi baru.

Sebarang pertanyaan, anda boleh emailkan kepada 1heart.heatgeneration@gmail.com. Ini sahaja untuk kali ini. Tuhan Memberkati semua...

Sekian dari saya,
Jeprol.