Shout here!!!


ShoutMix chat widget

Wednesday, March 10, 2010

PELUMBAAN IMAN

TEMA : PELUMBAAN IMAN
TEKS : IBRANI 12:1-3

Oleh : Senadi Nawing


Nats : Ibrani 12:1-3
  1. Karena kita mempunyai banyak saksi, bagaikan awan yang mengelilingi kita, marilah kita kita menanggalkan semua beban dan dosa yang begitu merintangi kita, dan berlomba dengan tekun dalam perlombaan yang diwajibkan bagi kita.
  2. Marilah kita melakukannya dengan mata yang tertuju kepada Yesus, yang memimpin kita dalam iman, dan yang membawa iman kita kepada kesempurnaan, yang dengan mengabaikan kehinaan tekun memikul salib ganti sukacita yang disediakan bagi Dia, yang sekarang duduk di sebelah kanan takhta Allah.
  3. Ingatlah selalu akan Dia, yang tekun menanggung bantahan yang sehebat itu terhadap diri-Nya ari pihak orang-orang berdosa, supaya jangan kamu menjadi lemah dan putus asa.
Pendahuluan


Dalam teks pembacaan kita dalam, kitab ibrani 12:1-3 mengambarkan bahawa kehidupan orang yang percaya adalah seperti suatu pelumbaan atau pertandingan lari jarak jauh. setiap orang percaya dituntut atau dikehendaki untuk menyelesaikan perlumbaan tersebut sampai ke akhirnya dengan baik. dengan kata lain, perlumbaan ini merupakan ujian iman seumur hidup kita selama hidup di bumi, sehingga kita kembali kepada Sang Pencipta kita. Setiap perlumbaan tersebut haruslah kita lakukan dengan penuh ketekunan dan penuh kesabaran serta ketabahan.
Sebagai orang percaya, apakah kita mampu terus berlari pada tujuan hidup kita, khususnya ditengah dunia yang sangat mengoda kita dan segala tawaran yang indah?. Sama halnya seperti satu pertandingan, maka perlumbaan iman kitan perlu mematuhi syarat-syarat untuk menjadi seorang pemenang. Seorang pemenang dalam satu perlumbaan iman ini adalah mereka yang berhasil menyelesaikan dengan baik. Antaranya kuncinya
1. Berlumba dengan menggagalkan semua beban atau dosa (Ayat 1)
Dalam perlumbaan ini, seharusnya dilaksanakan dengan menanggalkan atau membuang segala dosa-dosa yang menghalangi serta menhambat perlumbaan kita serta memandang kepada Yesus Kristus. Sama halnya seperti seorang ahli sukan, mungkin tidak tidak akan berhasil lumba lari dan memperolehi kemenangan jika memikul beban. Tidak ada perlari yang berlari membawa beban/ barang, semikian juga dalam soal kerohanian kita. Dalam perlumbaan iman, kita harus berlari tanpa beban dan dosa serta serahkan segalanya kepada Tuhan Yesus. untuk itu, firman mengajar kita, untuk menanggalkan semuanya, baik itu beban (pengumulan, masalah dan masa lalu kita) atau dosa (perbuatan yang tidak menyenangkan hati Tuhan) kerana semua ini menghambat perlumbaan iman kita.
2. Berlumba dengan penuh ketekunan (Ayat 1,3)
Ada masanya dalam suatu pertandingan, seorang ahli sukan itu akan jatuh namun dia harus bangkit agar boleh mengakhir pertandingan tersebut. sama seperti kita, kita adalah ahli sukan yang rohani. Kita mungkin goyah, lelah atau terjatuh kerana perlbagai cobaan atau cabarab yang dunia tawarkan. Tetapi hal ini, tidak boleh menghentikan perlumbaan kita. Kita harus terus bangkit dan berjuang untuk menyelesaikan pertandingan iman kita sampai mencapai garis akhir. kalau kita mengatakan kita tidak mampu, kita mencontohi teladan Tuhan Yesus sendiri, Dia menyelesaikan tugas-Nya sampai di kayu salib.
3. Berlumba dengan mata yang tetuju kepada Yesus Kristus (ayat 2)
Dalam perlumbaan iman kita, banyak tawaran-tawaran dunia yang boleh saja mengalihkan fokus kita dalam perlumbaan tersebut. Dalam tempat belajar, tempat perkerjaan kita dan sebagainya, oleh itu kita harus memfokuskan mata rohani kita kepada Yesus Kristus agar kita tidak kehilangan arah atau tujuan hidup kita. sehingga apapun tawaran atau halangan yang ada di sekeling kita, tidak lagi menjadi penghalang bagi kita untuk terus maju berlumba dan akhirnya kita dapat menyelesaikan perlumbaan kita dengan baik. dalam perlumbaan iman kita, marilah kita terus mengarahkan kepada Tuhan Yesus Kristus sebagai teladannya kepada Allah (2 Tim 2:13).
Kesimpulan.
marilah kita terus melakukan perlumbaan yang diwajibkan bagi setiap kita dengan penuh ketekunan serta mata yang sentiasa tertuju kepada Yesus Kristus sehingga kita memperolehi mahkota kemenangan. dalam setiap perlumbaan iman, kerana tang terpenting bukan soal bagaimana kita memulakan tetapi bagaimana kita mengakhirnya.
" Bukan soal bagaimana kita mula tetapi bagaimana kita mengakhirnya"

Thursday, March 4, 2010

Senarai buku-buku yang ada di SIB Kuantan



Buku Harapan.
Anda boleh mendapatkan Buku Harapan ini secara percuma di Global Partner.








Buku Puji & Sembah.
Buku ini telah diterbitkan sendiri oleh SIB Kuantan pada tahun 2009. Buku ini di terbitkan di atas permintaan dari golongan Muda-Mudi dan juga Kelompok Sel. Buku ini sesuai untuk digunakan dalam kelompok sel dan juga untuk belajar gitar kerana buku ini mempunyai chord untuk setiap lagu. Anda boleh mendapatkan buku ini dengan Harga RM 13.00 sahaja.





Buku Menjinakkan Sang Harimau.
Buku ini menceritakan kisah hidup seorang yang handal dalam ilmu mempertahankan diri telah diubah oleh Tuhan melalui seseorang yang telah melawatnya ketika dia berada di dalam tahanan penjara. Jika anda berminat, anda boleh mendapatkan buku ini dengan Harga RM 15.00 sahaja.