Shout here!!!


ShoutMix chat widget

Sunday, November 22, 2009

Cabaran Muda-Mudi Masa Kini

Shallom,

Pada hari sabtu yang lalu, Pr. Yohanes telah membawa firman kepada PMM. Tajuknya iaitu "Cabaran Muda-Mudi Masa Kini". Pastor mengambil ayat firman Tuhan dari 1 Yohanes 2:15-17.

1 Yohanes 2:15-17:
"
15) Janganlah kamu mengasihi dunia dan apa yang ada di dalamnya. Jikalau orang mengasihi dunia, maka kasih akan Bapa tidak ada di dalam orang itu.

(16) Sebab semua yang ada di dalam dunia, yaitu keinginan daging dan keinginan mata serta keangkuhan hidup, bukanlah berasal dari Bapa, melainkan dari dunia.

(17) Dan dunia ini sedang lenyap dengan keinginannya, tetapi orang yang melakukan kehendak Allah tetap hidup selama-lamanya.
"

Mungkin sebagai muda-mudi, saya pasti kita kadang-kadang tidak sedar bahawa kita telah meletakkan Tuhan tempat yang kedua dalam hidup kita. Kita lebih mengutamakan apa yang kita inginkan di dalam dunia ini. Firman Tuhan mengatakan kita jangan mengasihi dunia dan apa yang ada di dalamnya. Sebab kasih Bapa tidak ada di dalam orang itu sekiranya dia lebih mengasihi apa yang ada dalam dunia ini. Firman Tuhan juga mengatakan bahawa segala-gala yang ada dalam dunia ini akan lenyap dengan keinginannya tetapi orang-orang yang melakukan kehendak Allah tetap hidup selama-lamanya. Mari kita letakkan Tuhan Yesus tempat yang pertama dalam hidup kita. Jangan biarkan hidup kita hanyut di dalam keinginan-keinginan di dunia ini. Tuhan Memberkati.

"Segala sesuatu dari dunia yang kita banggakan bukan berasal dari Bapa dan ia juga adalah bersifat sementara saja." - Pr. Yohanes

Tuesday, November 17, 2009

Majils Perpisahan Pr. Isaac Sekeluarga bersama PMM

Beberapa gambar yang telah diambil semasa Majlis Perpisahan Pr. Isaac sekeluarga bersama PMM:


Pr. Isaac, Sis. Becky, jun and ju yong.

PMM


Inilah simson.

Kenangan bersama Pr. Isaac sekeluarga dan PMM SIB Kuantan.
Posted by Picasa

Monday, November 9, 2009

Ada apa hari Sabtu hujung minggu ini?

Shallom.... muda-mudi SIB Kuantan,

Pada sabtu ini, kita akan adakan majlis perpisahan untuk Pastor kita, Pr. Isaac. Semua muda-mudi dijemput hadir.

Tempat: SIB Kuantan
Tarikh : 14 Nov 2009 (Sabtu)
Masa : 7.oo pm - 9.00pm

Pastor kita akan pulang ke Korea untuk selama-lamanya. Sesiapa yang ingin memberi hadiah kepada pastor, bawa pada hari itu. Jumpa di sana ya.